Showing posts with label Memorandum Arahan. Show all posts
Showing posts with label Memorandum Arahan. Show all posts

Tuesday, 22 July 2014

Buku Kod Etika Integriti Dewan Bandaraya Kuching Utara diperkenalkan

Mangsi Bersama Jabatan KU kali ini ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan Buku "Kod Etika Integriti" yang diterbitkan untuk diamal dan dipraktiskan oleh semua pegawai dan kakitangan DBKU. 

Memo daripada Pengarah, Dr. Sa'adiah binti Abdul Samat (ejaan BTE pada memo ada kesilapan) DBKU bertarikh 17 Julai 2014 adalah titik tolak perlaksanaan integriti menyeluruh di Dewan Bandaraya Kuching Utara. 
Memo edaran buku " Kod Etika Integriti " DBKU 2014
Team Mangsi Bersama Jabatan KU akan terus berkongsi kandungan buku ini untuk rujukan anda sebagai kakitangan DBKU khususnya.

Buku ini adalah sebagai panduan dan rujukan untuk memantau integriti pegawai dan kakitangan DBKU dengan mengutamakan nilai-nilai murni dan etika semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Kami di Mangsi Bersama Jabatan KU juga berperanan untuk memastikan kakitangan mendapat maklumat dengan hebahan ini.
Muka hadapan Buku Kod Etika Integriti DBKU.
 Apakah INTEGRITI ?

"1. Kejujuran: mencemarkan nama baik dan integriti jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yang berintegriti pasti akan mempertahankan nama baik mereka daripada sebarang bentuk penyelewengan." - KAMUS DEWAN, edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka

"6. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujdu secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari." - Etika dan Integriti, Pelan Integriti Nasional, muka surat 18.

Apa yang terkandung di dalam Kod Etika Integriti DBKU?

Thursday, 13 February 2014

PENILAIAN PRESTASI SECARA BERSEMUKA

Assalamualaikum...

Tahun 2013 dah berakhir....
Maka bermulalah lembaran baru 2014 bakal diisi lebih banyak lagi cerita dan coretan kerjaya anda di DBKU ini.

Bermula tahun baru...anda..anda..anda yang berada di bahagian masing-masing juga tentu sibuk mengisi borang penilaian prestasi pencapaian tahun 2013.

Sebenarnya banyak isu yang timbul dengan Penilaian Prestasi ini kami terima sebenarnya. Ini termasuklah Pegawai Yang Dinilai (PYD) tidak puas hati dengan penilaian yang dilakukan - terutamanya tidak bersemuka dan memaklumkan tentang kelemahan dan kekuatan diri sepanjang tahun.

Justeru itu..MEMO ARAHAN telah dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Korporat - Encik Jumaini Haili agar penilaian prestasi dilakukan secara bersemuka antara Pegawai Yang Dinilai dan Pegawai Penilai Pertama (PPP)

Bersama ini kami kongsikan Salinan Memo Arahan untuk rujukan semua kakitangan.

*Memo KIV

Email arahan mengembalikan borang Penilaian Prestasi Kakitangan 2013

Tuesday, 1 October 2013

ARAHAN : PEMAKAIAN BAJU KORPORAT BARU

MEMO ARAHAN
Memo bertarikh 19/07/2013 dirujuk.

Keputusan Mesyuarat Mingguan Pengurusan Ke-18/13 (71) pada 08/07/2013 :

Arahan ~ Pemakaian Pakaian Korporat DBKU (Hijau) - seperti dalam gambar.

Pada 
~ Setiap Hari RABU minggu pertama setiap bulan 
~ Majlis rasmi DBKU (tertakluk dengan makluman daripada pihak pengurusan)

Berkuatkuasa ~ Ogos 2013

Sumber rujukan : Email Bahagian ADM bertarikh 01/10/2013