Monday, 30 March 2015

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 DAN PENGHARGAAN KEPADA PESARA 2015

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 telah diadakan pada 27 Mac 2015 (Jumaat) @ 7.00 malam bertempat di Boulevard Grand Ballroom, Level 5, Imperial Hotel, Kuching.

Majlis berlangsung dengan lancar...dan Tahniah kepada semua penerima anugerah APC juga kepada Pesara (juga bakal pesara). Juga terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang bertungkus lumus menjayakan aturcara tahunan ini dengan baik sekali. Mangsi Ku berpeluang bersama dalam majlis tersebut...

Pentas Utama majlis APC 2014 dan Penghargaan Kepada Pesara

Menunggu kehadiran rakan-rakan penerima anugerah dan VIP

Urusetia pendaftaran penerima APC dan Pesara 

Bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan lancar

Wajah-wajah pesara dan bakal pesara yang hadir

Pesara dan bakal pesara yang akan meninggalkan DBKU

Wajah-wajah penerima APC 2014

Tetap sabar menunggu majlis APC. Tahniah penerima APC 2014

Penerima APC yang hadir

Antara penerima yang hadir



Bacaan doa Majlis oleh Saudara Mawi Labini

Ucapan majlis oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Kuching Utara

Petikan ucapan aluan daripada Datuk Bandar

Aturcara majlis pada malam tersebut

Antara menu menarik pada majlis APC 2014

Saudara Donald Jimel...antara penerima APC 2014

Sesi Pesara dan bakal pesara bersama Datuk Bandar


Gambar kenangan bersama pesara dan bakal pesara

Majlis seperti ini diharap dapat memberi semangat dan dorongan kepada kakitangan agar terus memberi perkhidmatan yang berterusan kepada DBKU dan produktiviti kerja yang cemerlang.

Terima kasih kepada pihak pengurusan yang menjemput wakil Majlis Bersama Jabatan untuk turut sama meraikan penerima-penerima anugerah APC 2014 dan bakal pesara 2015.


Friday, 20 March 2015

Lawatan MBJ ke Bahagian Pentadbiran, UNIMAS bagi penanda aras sistem Klinik Panel

20 Mac 2015, Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) bersama wakil Bahagian HRM dan Bahagian FIN membuat lawatan belajar ke Bahagian Pentadbiran, UNIMAS untuk mempelajari pengurusan Klinik Panel di organisasi tersebut.
Sesi Taklimat oleh Encik Yaman, Ketua Jabatan Pentadbiran, UNIMAS.
 Kunjungan lawatan ini sebagai satu rangka kajian berhubung dengan cadangan pekerja yang memohon untuk DBKU melaksanakan Klinik Panel bagi kemudahan kakitangan. Atas dasar itulah, kertas kerja yang telah dibentangkan mendapat respon yang baik daripada pihak pengurusan, dengan membuat kajian dan pemerhatian tentang perlaksanaan di organisasi lain sebagai penanda aras.

Timb. Setiausaha, Pn. Norliyati, Timb Pengerusi, Puan Anita Anyie, Wakil Bahagian FIN, Puan Aishah Sulaiman dan Wakil pekerja, Puan Suhana sedang memberi tumpuan taklimat.
Peluang untuk mempelajari sistem pengurusan Klinik Panel yang telah dilaksanakan oleh UNIMAS ini memberi gambaran jelas tentang isu-isu dan cabaran yang perlu dihadapi jika usaha ini ingin dilaksanakan. Tidak semudah yang disangka, pelbagai penelitian khusus perlu diambil kira bagi memastikan perlaksanaannya berjalan dengan lancar.


UNIMAS mempunyai 25 Klinik Panel yang dilantik telah melaksanakan Klinik Panel lebih daripada 10 tahun. Usaha-usaha penambahbaikan proses itu terus dipertingkatkan bagi memastikan perlaksanaannya terus memberi nilai tambah kepada kakitangan juga kepada pihak pengurusan.

Sebahagian rombongan MBJ, Bahagian FIN dan Bahagian HRM yang mengikuti lawatan ke UNIMAS

 Pihak kami berharap hasil daripada lawatan ini dapat manfaat dan mendapat info yang berguna dalam merangka perlaksanaan Klinik Panel di DBKU.

Pertukaran cenderahati daripada DBKU - UNIMAS pada akhir sesi lawatan.


Thursday, 19 March 2015

Run Ride memperlawa kakitangan DBKU join di Padang Merdeka

Untuk makluman semua kakitangan DBKU, Majlis Pelancaran Program Fit Malaysia akan di adakan pada tarikh dan tempat seperit berikut :-

Tarikh : 12 April 2015 ( Ahad )
Tempat : Padang Merdeka,Kucihng

Ada 2 Aktiviti Utama iaitu

1. Fun Run 5km & 10km (Comp)
2. Fun Ride 10km & 30km

Peserta akan mendapat :

Bib.No & Plate Number
Sijil Penyertaan
Snack Pack
Medal
Lucky Draw


Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi saya 0138389552 atau talian sambungan 132. Borang boleh dapatkan dengan saudara Fadhilah Haji Jais dan Kaunter Informasi.Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 8 April 2015(Rabu). Dikepilkan bersama Borang penyertaan Fit Malaysia.


Wednesday, 18 March 2015

Pendahuluan kepada kakitangan yang memerlukan sokongan cermin mata oleh Kelab Sukan dan Rekreasi 2015

Sebagai satu lagi inisiatif meningkatkan lagi dana KSR DBKU, Kelab Sukan dan Rekreasi telah berkerjasama dengan Optik Idaman Sdn. Bhd. (Penyedia Perkhidmatan membuat cermin mata).

Dengan ini pendahuluan daripada kelab telah dipanjangkan kepada mana-mana ahli (termasuk keluarga) yang memerlukan sokongan cermin mata dalam kehidupan seharian. Optik Idaman beroperasi di alamat seperti berikut:-

Unit K1, Tingkat 1, Komplek Islam Sarawak, Jalan P. Ramlee, Kuching telah bersetuju untuk memberi diskaun khas 50% - 60% untuk semua jenis bingkai dan 10% -20% untuk setiap jenis cermin.

Kos pembelian akan dibayar oleh Kelab Sukan (mengikut inbois tertakluk kepada jenis cermin mata yang dipilih ahli dengan had siling RM500.00 sahaja).

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Presiden-(446688 Ext 237), Setiausaha atau setiausaha kerja KSR. (446688 Ext 240).

Ali Akbar Bin Yasin
Presiden.

Saturday, 7 March 2015

CUEPACS MINTA NIAK GAJI TIDAK TANGGUH LAGI

REMBAU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan semakan kenaikan gaji 252 skim perkhidmatan awam seperti yang dibentangkan sebelum ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan isu kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit untuk menangguhkan perlaksanaan skim gaji berkenaan memandangkan nilai rizab kerajaan masih mampu menampung perbelanjaan sedia ada. 

"Sekiranya ia ditangguhkan, Cuepacs akan membuat bantahan kerana 1.5 juta penjawat awam sudah lama bersabar sedangkan kos sara hidup semakin tinggi. “Penjawat awam ialah ‘enjin’ dan denyut nadi kerajaan. Tangga gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana 1 dan 11 masing-masing RM805 dan RM820 dan jumlah ini di bawah garis kemiskinan," katanya. Justeru katanya, Cuepacs meminta kerajaan menyegerakan semakan gaji dan elaun lama yang tidak selaras dengan negara maju. Azih berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan mempertimbangkan kembali nasib 60,000 pekerja kontrak sektor awam yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini. 

Menurut Azih, Cuepacs menerima aduan daripada pekerja kontrak yang risau sekiranya perkhidmatan mereka tidak dilanjutkan atau diserap ke jawatan tetap walaupun sudah berkhidmat hampir lima tahun. "Kebanyakan mereka mempunyai tanggungan dan kita membawa harapan mereka ini untuk diserapkan dalam perkhidmatan awam. Kita faham jika jawatan kontrak perkhidmatan projek tidak diteruskan, tetapi bagi jawatan frontliner, kerajaan perlu meneliti semula hasrat untuk menamatkan perkhidmatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja ke pejabat sementara, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, dekat sini, semalam. Azih berkata, sekiranya kerajaan melaksanakan langkah penamatan pekerja kontrak, ia seolah-olah tidak memberi peluang kepada orang muda berkhidmat dalam kerajaan. “Sebagai contohnya, terdapat kira-kira 1,200 kakitangan KPDNKK berstatuskan pekerja kontrak walaupun mereka memiliki ijazah. “Bila tamatkan kontrak, ia umpama tutup pintu untuk orang muda bekerja dengan kerajaan dan tidak bersimpati dengan lepasan universiti," katanya