Showing posts with label Soal Selidik. Show all posts
Showing posts with label Soal Selidik. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

AKTIVITI MBJ : Soal Selidik pemakaian Pemakaian Pakaian Seragam

Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) telah mengedarkan borang soal selidik berhubung dengan pemakaian pakaian seragam kakitangan DBKU terutama penyeliaan. 

Kita sedia maklum, bahawa perbelanjaan ke atas pakaian seragam mencecah ribuan ringgit. Namun begitu perlaksaan pemakaian pakaian seragam masih longgar dan masih ada kakitangan yang tidak menggunakan pakaian seragam yang disediakan. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri. 
Malah tiada penguatkuasaan yang sepenuhnya dalam menggunakan pakaian seragam dalam menjalankan tugas. 
Kami berharap ia memberi rumusan tentang pemakaian pakaian seragam secara umumnya. Kami berharap semua pihak dapat memberi kerjasama sepanjang soal selidik dijalankan.