Monday, 7 October 2013

Aktiviti : Majlis Makan Malam Sempena Ulangtahun DBKU ke-25 (Cadangan)

Melalui email yang dikeluarkan oleh Bahagian HRM bertarikh 4/10/2013, DBKU berhasrat untuk mengadakan aktiviti termasuk Majlis Makan Malam Sempena Ulangtahun DBKU ke 25 yang akan diadakan seperti berikut :

Tempat : One Hotel Santubong (Santubong Resort)
Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)


Kakitangan yang berminat untuk menginap di ONE HOTEL SANTUBONG diminta untuk membuat tempahan dengan mengisi borang yang disediakan. Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Bahagian HRM selewat-lewatnya pada 21 Oktober 2013 (Isnin)

BAYARAN : Cara pembayaran balik adalah melalui potongan gaji secara ansuran selama 4 bulan berkuatkuasa Disember 2013 dan tiada sebarang pembatalan dibenarkan setelah pengesahan tempahan dibuat.

HUBUNGI :  Pn. Saraswathy Anandom di sambungan 312.

Saturday, 5 October 2013

PENCAPAIAN MEREKA : Kumpulan KIK INFOWAVE merangkul anugerah Emas dan 3 Bintang di ICC 2013, Kuantan Pahang.


Baru-baru ini...kumpulan KIK Infowave sekali lagi mengharumkan nama DBKU dengan merangkul anugerah EMAS dan 3 Bintang di Konvensyen 'National Innovative and Creative Circle (ICC) 2013 yang telah berlangsung di Kuantan, Pahang.

Wednesday, 2 October 2013

TERIMA KASIH : PENDERMA DARAH 01/01/2013

Tahniah dan Terima kasih di atas 19 dermawan dikalangan kakitangan DBKU yang terlibat dalam program Derma Darah pada 01/10/2013 (Selasa) dari pihak Hospital Normah. Kakitangan yang telah menderma darah pada tarikh tersebut telah diberi "Previllege Leave" dari Hospital Normah pada tarikh tersebut.

Senarai mereka yang terlibat adalah seperti berikut :
1. Mazlan B Sarkawi
2. Liew Toh Joon
3. Andy B Hidir
4. Haron Bin Mahidi
5. Lai Ah Fook
6. Rukiza Bin Ubey
7. Abg Abdul Samat
8. Patrick Ak Ambrose
9. Samsul Bin Hipni
10. Mohamad Hafiz
11. Mohamad Azahari
12. Jamaiyah Bt Sulaiman
13. Andrew Joris Noyen
14. Hardy Bin Morshidi
15. Rosli Bin Ini
16. Hasbi Bin Hamawi
17. Othman Bin Shahmat
18. Abdul Rahman Bin Nawawi
19. Rahmat Nor Bin Mat

Tahniah kepada Kelab Sukan dan Rekreasi yang menganjurkan aktiviti sihat ini.

Tuesday, 1 October 2013

ARAHAN : PEMAKAIAN BAJU KORPORAT BARU

MEMO ARAHAN
Memo bertarikh 19/07/2013 dirujuk.

Keputusan Mesyuarat Mingguan Pengurusan Ke-18/13 (71) pada 08/07/2013 :

Arahan ~ Pemakaian Pakaian Korporat DBKU (Hijau) - seperti dalam gambar.

Pada 
~ Setiap Hari RABU minggu pertama setiap bulan 
~ Majlis rasmi DBKU (tertakluk dengan makluman daripada pihak pengurusan)

Berkuatkuasa ~ Ogos 2013

Sumber rujukan : Email Bahagian ADM bertarikh 01/10/2013