Showing posts with label Aduan. Show all posts
Showing posts with label Aduan. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Kajian penggunaan Klinik Panel bagi kakitangan DBKU.

Assalamualaikum warga kerja.....

Pada Mesyaurat MBJ bersama pihak Pengurusan baru-baru ini..... MBJ ditugaskan untuk menyenaraikan 5 klinik panel kepada Bahagian HRM. Ini juga adalah susulan daripada cadangan dan aduan daripada kakitangan DBKU yang kita usulkan semula untuk dikaji.

Memo telah MBJ kemukakan kepada Bahagian HRM pada 30 Oktober 2014 oleh Pengerusi MBJ.

Memo senarai 5 Klinik Panel yang telah disenarai tapis
Lima (5) klinik panel yang ditelah dikemukakan adalah : 

1. Klinik Ibukota
2. Klinik HealthCare
3. Klinik Khaira
4. Klinik Astana
5. Klinik Chuang

Tindakan menggunapakai klinik panel diusulkan adalah ekoran daripada sebilangan kakitangan yang tidak membawa tunai untuk ke klinik atau pada saat kecemasan, termasuk pada hujung bulan. Jadi kakitangan boleh ke klinik panel untuk mendapat rawatan dengan tuntutan bil akan dikemukakan oleh klinik panel.

Ini masih dalam proses penelitian dan kajian. Perlaksanaan ini ada pro dan kontranya. Kami pasti penilaian terperinci perlu bagi manfaat kedua-dua pihak (organisasi dan kakitangan).

Maklumat susulan akan kami kongsikan

Wednesday, 18 September 2013

Mesyuarat HSE SIRI 2/2013

Tarikh : 30/08/2013
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mawar Depo Baru.

Minit Mesyuarat siri 1/2013

Perkara Bil 8.2.1 ~ Pengendalian HIGH PRESSURE WATER JETTING
Senarai nama telah dikenalpasti dan tempat taklimat yang dicadangkan adalah di Kompleks Majlis Islam Sarawak.

Perkara Bil. 8.2.2 ~ Working Safety at Height
Senarai nama telah dikenalpasti dan akan dikoordinasi bersama Bahagian HRM

Perkara Bil 10.3.1 ~ Tumpahan Bahan Kimia
Latihan telah dibuat pada 28/02/2013

Perkara Bil. 10.3.2 ~ Pembersihan Tumpahan Minyak
Latihan telah dibuat pada 21/03/2013

Perkara Bil. 10.3.3 ~ Kebakaran dan pengungsian Bangunan
Latihan telah diadakan pada 05/04/2013 di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol


ISU
Perkara Bil 7.5 Laporan Audit oleh JKKP Sarawak
Laporan audit oleh JKKP Sarawak yang dijalankan pada 26/02/2013 telah diterima pada 19 Julai 2013 dan keputusan audit adalah 91.39% iaitu dalam kategori A (Cemerlang)


Penyiasatan Aduan
Perkara 8.1 - Aduan diterima daripada anggota trafik mengenai VISOR yang dipasang di motosikal Warden Trafik mengganggu penglihatan.
Keputusan : KB SCY akan mengambil tindakan susulan dengan KIP Mohd. Gupta tentang perkara tersebut.