Showing posts with label Pakaian Seragam. Show all posts
Showing posts with label Pakaian Seragam. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Kesah Polisi Pakaian Seragam baharu

Pada 13 November 2014 (Khamis) - wakil MBJ menghadiri mesyuarat Polisi Pakaian Seragam yang baharu DBKU. Bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya pada jam 2 petang draf Polisi Pakaian Seragam berjalan dengan lancar.


Perkara menarik yang mungkin kami boleh kongsikan bersama :

1. Bilangan pakaian seragam yang disediakan kepada kakitangan berpakaian seragam adalah 2 pasang setahun termasuk kakitangan baru.

Maksudnya - pakaian seragam perlulah lengkap daripada baju, seluar, logo, stokin dan kasut.

Isu yang mungkin menarik perhatian di sini adalah tentang - ketidak lengkapnya pakaian seragam kakitangan yang sepatutnya menerima sebelum ini. Ia berlaku pada sebahagian kecil sahaja yang terlibat, khususnya Pekerja Am dan Pekerja Rendah Awam. Majlis Bersama Jabatan mengharapkan isu pakaian seragam yang kurang lengkap dapat di atasi dengan Polisi dan pengurusan yang baharu.

Merujuk kepada soal selidik yang telah dilakukan oleh Majlis Bersama Jabatan pada tahun 2013 mendapati :


Isu tidak memakai pakaian seragam sewatu bertugas sepatutnya tidak wujud jika pakaian lengkap disediakan. Antara alasan lain punca tidak memakai pakaian seragam adalah seperti carta pai berikut :


Hatta ia sebagai kelompok kecil...ia memberi implikasi kepada organisasi. Kedua-dua pihak termasuk kakitangan perlu bertanggungjawab bagi memastikan kredibiliti jabatan terus gah.

2. Penguatkuasaan pemakaian pakaian seragam kurang menjadi keutamaan jika simbolik pemakaian seragam sebagai memenuhi syarat sebagai anggota pakaian seragam.
53% pegawai yang tidak memakai pakaian seragam tidak mengetahui mereka boleh diambil tindakan jika tidak pakaian seragam yang dibekalkan.

Majlis Bersama Jabatan berharap ini sebagai perkongsian ilmu untuk semua.

Monday, 14 July 2014

Laporan Soal Selidik 2013 - Kaji selidik Pemakaian Pakaian Seragam

Berikut adalah Laporan Soal selidik yang telah dibuat oleh  MBJ pada tahun November 2013. Ini merupakan soal selidik yang pertama pihak MBJ dalam melihat prespektif kakitangan berhubung dengan pemakaian pakaian seragam pada waktu bertugas.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar berkenaan :













Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam kami membentangkan laporan ini, pihak kami memohon maaf. Ia sebagai permulaan kami dalam usaha mempertingkatkan pengurusan MBJ.

Sunday, 29 September 2013

AKTIVITI MBJ : Soal Selidik pemakaian Pemakaian Pakaian Seragam

Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) telah mengedarkan borang soal selidik berhubung dengan pemakaian pakaian seragam kakitangan DBKU terutama penyeliaan. 

Kita sedia maklum, bahawa perbelanjaan ke atas pakaian seragam mencecah ribuan ringgit. Namun begitu perlaksaan pemakaian pakaian seragam masih longgar dan masih ada kakitangan yang tidak menggunakan pakaian seragam yang disediakan. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri. 
Malah tiada penguatkuasaan yang sepenuhnya dalam menggunakan pakaian seragam dalam menjalankan tugas. 
Kami berharap ia memberi rumusan tentang pemakaian pakaian seragam secara umumnya. Kami berharap semua pihak dapat memberi kerjasama sepanjang soal selidik dijalankan.