Showing posts with label Amil DBKU. Show all posts
Showing posts with label Amil DBKU. Show all posts

Friday, 4 July 2014

Amil bertauliah DBKU bagi kutipan zakat fitrah sepanjang Ramadhan tahun 1435H/2014M

Assalamualaikum....
Selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam.

Untuk muslimin/muslimah DBKU, dalam berpuasa tu tunaikan tanggungjawab berzakat juga. Alhamdulillah...DBKU mempunyai amil bertauliah untuk membuat kutipan zakat fitrah kepada anda. Saudara Samsuddin Bin Buang telah dilantik sebagai Amil untuk mengendalikan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1435H / 2014M.

Dilampirkan bersama-sama ini disertakan jadual kutipan zakat fitrah untuk rujukan dan makluman semua.


Pastikan temujanji anda di sana. wokeyy!


Monday, 15 July 2013

MAKLUMAN KEPADA KAKITANGAN MUSLIM DBKU : PUNGUTAN ZAKAT DBKU 2013


Adalah dimaklumkan bahawa Zakat Fitrah bagi Negeri Sarawak adalah RM6.50 seorang. Amil bertauliah telah dilantik bagi pusat pungutan Dewan Bandaraya Kuching Utara bagi memudahkan kakitangan DBKU yang beragama Islam menunaikan kewajipan.

Saudara Mawi Labini (HRM) telah dilantik sebagai AMIL DBKU dan jadual pungutan zakat telah diemail ke bahagian pada 10/07/2013, 12:49pm.

Jadual Pungutan adalah seperti berikut :