Bagi menjelaskan pengertian KUP ini saya mengibaratkan jawatan hakiki sebagai kerusi dan penjawat jawatan tersebut adalah seseorang yang dilantik secara hakiki selaras dengan gred kerusi tersebut.
Contohnya kerusi DG34 seperti guru besar sekolah gred B dijawat oleh pegawai DG34 dan ia adalah jawatan hakiki yang dijawat oleh penjawat hakiki. Jika guru besar tadi telah tamat pengajian peringkat ijazah dan dilantik ke jawatan DG41, maka sekiranya beliau masih kekal di jawatannya tadi maka ia dinamakan sebagai DG41(KUP). Ini kerana kerusi jawatan guru besar yang disandangnya adalah khusus untuk DG34 tetapi beliaumasih menduduki kerusi tersebut walaupun gred jawatannya kini adalah DG41.Begitu juga jawatan kenaikan pangkat time-based seperti DG32 dan DG44 bagimereka yang telah layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan seperti guru-gurupenolong biasa. Apabila seseorang guru dinaikkan pangkat secara time-based, makamereka tidak dilantik sebagai pentadbir seperti guru penolong kanan atau guru besar sebaliknya tetap menjalankan tugas guru biasa. Ini bermakna kerusi yang merekaduduki adalah kerusi yang sepatutnya untuk gred DG29/41 tetapi mereka mendudukinyakerana kenaikkan pangkat mereka adalah berdasarkan time-based.Kesimpulannya jawatan KUP adalah apabila seseorang yang bergred jawatan lebihtinggi menduduki jawatan yang sepatutnya disandang oleh penjawat hakiki yanggrednya lebih rendah. Ia adalah keadaan di mana seseorang penjawat awam dapatmenikmati kenaikkan gred tanpa meninggalkan jawatan asal.
Renung-Renungkan: Jawatan dan pangkat bukanlah anugerah tetapi tanggungjawab
dan amanah yang perlu dipikul didunia dan dijawab di akhirat.
Renung-Renungkan: Jawatan dan pangkat bukanlah anugerah tetapi tanggungjawab
dan amanah yang perlu dipikul didunia dan dijawab di akhirat.



