Showing posts with label Klinik Panel. Show all posts
Showing posts with label Klinik Panel. Show all posts

Friday, 20 March 2015

Lawatan MBJ ke Bahagian Pentadbiran, UNIMAS bagi penanda aras sistem Klinik Panel

20 Mac 2015, Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) bersama wakil Bahagian HRM dan Bahagian FIN membuat lawatan belajar ke Bahagian Pentadbiran, UNIMAS untuk mempelajari pengurusan Klinik Panel di organisasi tersebut.
Sesi Taklimat oleh Encik Yaman, Ketua Jabatan Pentadbiran, UNIMAS.
 Kunjungan lawatan ini sebagai satu rangka kajian berhubung dengan cadangan pekerja yang memohon untuk DBKU melaksanakan Klinik Panel bagi kemudahan kakitangan. Atas dasar itulah, kertas kerja yang telah dibentangkan mendapat respon yang baik daripada pihak pengurusan, dengan membuat kajian dan pemerhatian tentang perlaksanaan di organisasi lain sebagai penanda aras.

Timb. Setiausaha, Pn. Norliyati, Timb Pengerusi, Puan Anita Anyie, Wakil Bahagian FIN, Puan Aishah Sulaiman dan Wakil pekerja, Puan Suhana sedang memberi tumpuan taklimat.
Peluang untuk mempelajari sistem pengurusan Klinik Panel yang telah dilaksanakan oleh UNIMAS ini memberi gambaran jelas tentang isu-isu dan cabaran yang perlu dihadapi jika usaha ini ingin dilaksanakan. Tidak semudah yang disangka, pelbagai penelitian khusus perlu diambil kira bagi memastikan perlaksanaannya berjalan dengan lancar.


UNIMAS mempunyai 25 Klinik Panel yang dilantik telah melaksanakan Klinik Panel lebih daripada 10 tahun. Usaha-usaha penambahbaikan proses itu terus dipertingkatkan bagi memastikan perlaksanaannya terus memberi nilai tambah kepada kakitangan juga kepada pihak pengurusan.

Sebahagian rombongan MBJ, Bahagian FIN dan Bahagian HRM yang mengikuti lawatan ke UNIMAS

 Pihak kami berharap hasil daripada lawatan ini dapat manfaat dan mendapat info yang berguna dalam merangka perlaksanaan Klinik Panel di DBKU.

Pertukaran cenderahati daripada DBKU - UNIMAS pada akhir sesi lawatan.


Wednesday, 5 November 2014

Kajian penggunaan Klinik Panel bagi kakitangan DBKU.

Assalamualaikum warga kerja.....

Pada Mesyaurat MBJ bersama pihak Pengurusan baru-baru ini..... MBJ ditugaskan untuk menyenaraikan 5 klinik panel kepada Bahagian HRM. Ini juga adalah susulan daripada cadangan dan aduan daripada kakitangan DBKU yang kita usulkan semula untuk dikaji.

Memo telah MBJ kemukakan kepada Bahagian HRM pada 30 Oktober 2014 oleh Pengerusi MBJ.

Memo senarai 5 Klinik Panel yang telah disenarai tapis
Lima (5) klinik panel yang ditelah dikemukakan adalah : 

1. Klinik Ibukota
2. Klinik HealthCare
3. Klinik Khaira
4. Klinik Astana
5. Klinik Chuang

Tindakan menggunapakai klinik panel diusulkan adalah ekoran daripada sebilangan kakitangan yang tidak membawa tunai untuk ke klinik atau pada saat kecemasan, termasuk pada hujung bulan. Jadi kakitangan boleh ke klinik panel untuk mendapat rawatan dengan tuntutan bil akan dikemukakan oleh klinik panel.

Ini masih dalam proses penelitian dan kajian. Perlaksanaan ini ada pro dan kontranya. Kami pasti penilaian terperinci perlu bagi manfaat kedua-dua pihak (organisasi dan kakitangan).

Maklumat susulan akan kami kongsikan