Sunday, 29 September 2013

AKTIVITI MBJ : Soal Selidik pemakaian Pemakaian Pakaian Seragam

Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) telah mengedarkan borang soal selidik berhubung dengan pemakaian pakaian seragam kakitangan DBKU terutama penyeliaan. 

Kita sedia maklum, bahawa perbelanjaan ke atas pakaian seragam mencecah ribuan ringgit. Namun begitu perlaksaan pemakaian pakaian seragam masih longgar dan masih ada kakitangan yang tidak menggunakan pakaian seragam yang disediakan. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri. 
Malah tiada penguatkuasaan yang sepenuhnya dalam menggunakan pakaian seragam dalam menjalankan tugas. 
Kami berharap ia memberi rumusan tentang pemakaian pakaian seragam secara umumnya. Kami berharap semua pihak dapat memberi kerjasama sepanjang soal selidik dijalankan.

Wednesday, 18 September 2013

Mesyuarat HSE SIRI 2/2013

Tarikh : 30/08/2013
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mawar Depo Baru.

Minit Mesyuarat siri 1/2013

Perkara Bil 8.2.1 ~ Pengendalian HIGH PRESSURE WATER JETTING
Senarai nama telah dikenalpasti dan tempat taklimat yang dicadangkan adalah di Kompleks Majlis Islam Sarawak.

Perkara Bil. 8.2.2 ~ Working Safety at Height
Senarai nama telah dikenalpasti dan akan dikoordinasi bersama Bahagian HRM

Perkara Bil 10.3.1 ~ Tumpahan Bahan Kimia
Latihan telah dibuat pada 28/02/2013

Perkara Bil. 10.3.2 ~ Pembersihan Tumpahan Minyak
Latihan telah dibuat pada 21/03/2013

Perkara Bil. 10.3.3 ~ Kebakaran dan pengungsian Bangunan
Latihan telah diadakan pada 05/04/2013 di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol


ISU
Perkara Bil 7.5 Laporan Audit oleh JKKP Sarawak
Laporan audit oleh JKKP Sarawak yang dijalankan pada 26/02/2013 telah diterima pada 19 Julai 2013 dan keputusan audit adalah 91.39% iaitu dalam kategori A (Cemerlang)


Penyiasatan Aduan
Perkara 8.1 - Aduan diterima daripada anggota trafik mengenai VISOR yang dipasang di motosikal Warden Trafik mengganggu penglihatan.
Keputusan : KB SCY akan mengambil tindakan susulan dengan KIP Mohd. Gupta tentang perkara tersebut.


Monday, 9 September 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI YANG TELAH MENCAPAI UMUR 40 TAHUN KE ATAS


Petikan Email HR:
Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita kiranya pihak tuan/puan dapat memberi pelepasan kepada pegawai-pegawai di bahagian tuan/puan seperti nama dan tarikh (masa; 8.00 pagi)di lampiran bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan (Poliklinik), Jalan Masjid, Kuching.

Sehubungan dengan itu, sebelum menjalani pemeriksaan tersebut pegawai-pegawai yang terlibat hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:-

1) Membawa bersama salinan fotostat semua dokumen berikut:-
(*akan diagihkan kepada pegawai setelah Borang Permohonan disahkan oleh Bahagian HRM)
- *Lampiran A (2 salinan) }
- *Lampiran B (1 salinan) } (rujuk lampiran doc pemeriksaan kesihatan)
- *Borang PK/03 (3 salinan) }

2) Berpuasa mulai jam 10.00 malam sebelum tarikh temujanji.

3) Pada hari temujanji: Mengambil nombor giliran di kaunter Makmal (Poliklinik) dan terus ke bilik no. 18 untuk pemeriksaan.


Untuk peringatan, atas arahan dari Klinik Kesihatan mana-mana pegawai yang mempunyai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis mereka adalah ditegah untuk mengikuti program ini.

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Pn. Chong Mou Moi (HRM) di sambungan 316 atau berurusan terus dengan Hjh. Hasiah (Poliklinik) di talian 082-233724.

Sekian, harap maklum.

UNIT PERSONEL
b.p. KB (HRM)

Email yang dikeluarkan oleh HRM 6/9/2013





Borang untuk di isi oleh pegawai
Nama Pegawai yang berumur 40 tahun ke atas