Thursday, 13 February 2014

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Ramah Tamah Tahun Baru Cina DBKU telah diadakan pada 12/02/2014 bertempat di Lobi, Ibu Pejabat DBKU, Jalan Semariang.


WARGAKU.DBKU.GOV.MY


http://wargaku.dbku.gov.my
Pernahkah anda menggunakan wargaku ?

PENILAIAN PRESTASI SECARA BERSEMUKA

Assalamualaikum...

Tahun 2013 dah berakhir....
Maka bermulalah lembaran baru 2014 bakal diisi lebih banyak lagi cerita dan coretan kerjaya anda di DBKU ini.

Bermula tahun baru...anda..anda..anda yang berada di bahagian masing-masing juga tentu sibuk mengisi borang penilaian prestasi pencapaian tahun 2013.

Sebenarnya banyak isu yang timbul dengan Penilaian Prestasi ini kami terima sebenarnya. Ini termasuklah Pegawai Yang Dinilai (PYD) tidak puas hati dengan penilaian yang dilakukan - terutamanya tidak bersemuka dan memaklumkan tentang kelemahan dan kekuatan diri sepanjang tahun.

Justeru itu..MEMO ARAHAN telah dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Korporat - Encik Jumaini Haili agar penilaian prestasi dilakukan secara bersemuka antara Pegawai Yang Dinilai dan Pegawai Penilai Pertama (PPP)

Bersama ini kami kongsikan Salinan Memo Arahan untuk rujukan semua kakitangan.

*Memo KIV

Email arahan mengembalikan borang Penilaian Prestasi Kakitangan 2013

Penghargaan ke atas setiap kerja keras dan komitmen yang telah diberikan oleh staf di bahagian masing-masing -Leadership by example

Kami merujuk kepada minit Mesyuarat Mingguan Bersama Pengarah Ke-27/13 (80)

Tarikh : 7 Oktober 2013
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Anggerik

"Semua TP dan KB perlu menunjukkan penghargaan ke atas setiap kerja keras dan komitmen yang telah diberikan oleh staf di bahagian masing-masing."


Alhamdulillah.

MBJ menghargai dengan perhatian pihak pengurusan kepada kakitangan DBKU. Terima Kasih.

PELUANG TERBAIK : Program Pengkomposan Em Bokashi Home Composting oleh Bahagian Kesihatan Persekitaran

Peluang terbaik untuk kakitangan DBKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Warga DBKU!

Bahagian ENV sedang menawarkan anda peluang yang hebat untuk menyertai 'Program Pengkomposan Em Bokashi Home Composting"

Program ini :

  • Hanya Terhad kepada 500 orang kakitangan DBKU terawal dan berminat SAHAJA (termasuk mereka yang tinggal di luar kawasan DBKU).
  • Aktiviti dijalankan secara berkumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang. Ketua setiap kumpulan adalah dilantik oleh ahli kumpulan sendiri.
Apa yang perlu anda lakukan ?

Isi borang yang dilampirkan. 

Borang yang lengkap diisi sila kembalikan pada atau sebelum 14 Februari 2014.

Taklimat dan pengagihan akan dilakukan pada 19-21 Feb 2014 di Auditorium DBKU (Masa akan diberitahu kelak).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Cik Mastura Iskandar atau Puan Zariah Abg Abd Raub - 082-448763 (ENV)

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pengetahuan tentang EM BOKASHI ini..dan memulakan aktiviti HIJAU anda di rumah!!!

Bokashi adalah Bahan Organik Kaya akan Sumber. Bokashi merupakan hasil fermentasi bahan organik dari limbah pertanian (pupuk kandang, jerami, sampah, sekam serbuk gergaji, rumput dll.) dengan menggunakan EM-4. EM-4 (Efektif Microorganisme-4) merupakan bakteri pengurai dari bahanorganik yang digunakan untuk proses pembuatan bokashi, yang dapat menjaga kesuburan tanah sehingga berpeluang untuk meningkatkan produksi dan menjaga kestabilan produksi.

Email makluman aktiviti 


Isi borang ini dengan lengkap dan hantar kepada Bahagian ENV. Rujuk email bahagian masing-masing.


Panduan pengguna : Bagaimana membuat kompos dengan sisa makanan

Panduan 2 : Manfaat yang anda perolehi dengan program ini nanti.

Wednesday, 5 February 2014

BERITA KEMATIAN : ALLAHYARHAM JAMAL BIN SEBLI @ 4/2/2014

AL- FATIHAH
Allahyarham Jamal bin Sebli
Assalamualaikum..

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ALLAHYARHAM JAMAL BIN SEBLI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 4 FEBRUARI 2014 JAM 9.30 PAGI DI HOSPITAL UMUM SARAWAK. ALLAHYARHAM MERUPAKAN KAKITANGAN DI BAHAGIAN IMT.

JENAZAH ALLAHYARHAM DIURUSKAN DI ALAMAT NO.8, LOT 1055, LORONG CENDERAWASIH 2A, KAMPUNG SEMERAH PADI BARU.