Sebenarnya isu ini menjadi topik hangat sepanjang tahun sebenarnya. Ramai dikalangan kakitangan kita bertanya dangan pihak pengurusan isu tersebut.
Apa kata kami kongsikan cadangan Q yang diterima dan apa pula respon yang diterima.
*sumber : Warta Q - terbitan Oktober 2014 oleh Bahagian TRI bertarikh 23/11/2014
Kemudahan tuntutan perubatan disediakan oleh DBKU kepada kakitangan sebagai menjaga kepentingan dan kebajikan. Ia bukanlah mandatori kepada kakitangan awam.
Setiap kakitangan DBKU diperuntukkan had siling adalah RM1000 setahun bagi tuntutan perubatan. Kakitangan DBKU yang tidak menggunakan atau menghabiskan baki peruntukan tersebut, tidak dapat dipindahkan kepada kakitangan lain yang telah mencapai had maksima peruntukan yang sedia ada. Kenapa ?
Kami akan kongsikan butiran lanjut pada entri akan datang.
Blog Majlis Bersama Jabatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara ini merupakan perantara dan saluran komunikasi dalam menyampaikan informasi kepada pekerja di Jabatan Dewan Bandaraya Kuching Utara. Wadah ini diharap dapat menjadi mekanisme terbaik untuk pekerja mendapat maklumat dan berkongsi info bersama dengan mekanisme dan prespektif yang berbeza.
Showing posts with label Tuntutan Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Tuntutan Perubatan. Show all posts
Tuesday, 25 November 2014
Wednesday, 5 November 2014
Kajian penggunaan Klinik Panel bagi kakitangan DBKU.
Assalamualaikum warga kerja.....
Pada Mesyaurat MBJ bersama pihak Pengurusan baru-baru ini..... MBJ ditugaskan untuk menyenaraikan 5 klinik panel kepada Bahagian HRM. Ini juga adalah susulan daripada cadangan dan aduan daripada kakitangan DBKU yang kita usulkan semula untuk dikaji.
Memo telah MBJ kemukakan kepada Bahagian HRM pada 30 Oktober 2014 oleh Pengerusi MBJ.
![]() |
| Memo senarai 5 Klinik Panel yang telah disenarai tapis |
1. Klinik Ibukota
2. Klinik HealthCare
3. Klinik Khaira
4. Klinik Astana
5. Klinik Chuang
Tindakan menggunapakai klinik panel diusulkan adalah ekoran daripada sebilangan kakitangan yang tidak membawa tunai untuk ke klinik atau pada saat kecemasan, termasuk pada hujung bulan. Jadi kakitangan boleh ke klinik panel untuk mendapat rawatan dengan tuntutan bil akan dikemukakan oleh klinik panel.
Ini masih dalam proses penelitian dan kajian. Perlaksanaan ini ada pro dan kontranya. Kami pasti penilaian terperinci perlu bagi manfaat kedua-dua pihak (organisasi dan kakitangan).
Maklumat susulan akan kami kongsikan
Saturday, 19 July 2014
Maklumat untuk mendapatkan butiran lanjut had tuntutan perubatan DBKU
Isu yang sering dibangkitkan oleh kakitangan DBKU adalah berhubung dengan had tuntutan perubatan yang sedia ada. Kebetulan isu tersebut dibangkitkan semula oleh MBJ atas dasar keterbukaan pihak pengurusan untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan polisi.
![]() |
| Email memohon maklumat tuntutan perubatan. Email bertarikh 18/07/2014 jam 7.53 pagi. |
Justeru itu, susulan maklumat daripada Bahagian FIN diperlukan dalam membantu menilai semula had perubatan yang sedia ada untuk diperbincangkan semula. Semoga urusan MBJ dipermudahkan.
Thursday, 10 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)



