Showing posts with label Pegawai HR. Show all posts
Showing posts with label Pegawai HR. Show all posts

Friday, 17 April 2015

LATIHAN : BENGKEL PENGUKUHAN PEGAWAI HR


Dalam usaha memastikan pegawai HR yang dilantik di semua bahagian menjalankan tugasan dengan lebih baik dan membantu urusan-urusan HR DBKU, Unit Latihan HRM akan mengadakan satu bengkel untuk pegawai-pegawai HR  pada 28 - 29 April 2015 (Selasa dan Rabu) jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bertempat di Bilik Pelagus, Tingkat 3, Hotel Grand Margherita,Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching.

Senarai Pegawai HR DBKU yang dilantik di setiap Bahagian adalah :

1. HARISMAN BIN MOHD SUHAILI (BHG ADM)
2. TAN BENG GUEK (BHG AUD)
3. SHAREENA AMANDA BT ABDUL AZIZ (BHG BDD)
4. AWANG ALI BIN AWANG HAMSAWI (BHG BLG)
5. ANITA ANYIE (BHG COP)
6. SHARIFAH NORITA BT WAN PAIE HAMID (BHG CTS)
7. SALWA BT MORSHIDI (BHG CSS)
8. KENNY AK PUNGGA (BHG CRD)
9. AZMAN BIN SABERAN (BHG ENG)
10. PHYLLIS ROSE BT RAMBLI (BHG ENV)
11. ANUAR B. SAPUAN (BHG ENF)
12. AISHAH BT SULAIMAN (BHG FIN)
13. SURIANA BT BAHROL (BHG GPM)
14. ROSEMIYATI BT MOHD NAWAWI (BHG HRM)
15. AZLIN ZARIANI BT MOHAMED KASSIM (BHG ICT)
16. HATONO BIN BASRI (BHG IMT)
17. MASLINA BT MOHAMAD SUHAILI (BHG IRM)
18. JAMES SAGA BAYANG AK ANDRIA (BHG LAW)
19. MEGAWATI BT HJ ABDUL MANAN (BHG LES)
2O. HAZELINDA BT SANCHIS (BHG LNP)
21. LEE FOO SOON (BHG MNE)
22. ALINA BT ABDUL RAHMAN (BHG PRD)
23. KAMSIAH BT HJ MOHD ALI (BHG SCY)
24. NORLELA BT SULEIMAN (BHG TRI)
25. DAUT BIN KELAS (BHG VAL)


Dari pemerhatian Mangsi KU - belum ada latihan yang khusus seperti bengkel yang akan dijalankan ini pegawai-pegawai HR Bahagian. Seingat Mangsi Ku - isu ini pernah disuarakan oleh Saudari Ajing Kartini ketika menjadi Pegawai HR Bahagian LAW dalam mesyuarat sukuan pegawai-pegawai HR satu ketika dulu (hampir 10 tahun). Akhirnya perlaksanaan latihan untuk pegawai HR dapat juga dilaksanakan tahun ini....

BENGKEL TELAH DITUNDA PADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU (email 24 April 2015 daripada Bahagian HRM)

Thursday, 20 November 2014

PERMOHONAN PENGUMPULAN CUTI TAHUNAN YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN BAGI TAHUN 2014



Pegawai HR di semua bahagian diminta untuk memastikan baki cuti tahunan pegawai-pegawai di bahagian masing-masing yang tidak dapat dihabiskan pada tahun 2014, telah mendapat kelulusan Pengarah terlebih dahulu sebelum dibawa ke tahun 2015.

Sehubungan itu, sila serahkan maklumat Baki Terkini Cuti semua pegawai di bahagian tuan/ puan dengan mengunakan borang yang telah disediakan melalui email bertarikh 20 November 2014 (Khamis). Kemudian kepilkan borang tersebut bersama-sama memorandum kepada Pengarah dan  sesalinan kelulusan tersebut diserahkan kepada Bahagian HRM untuk tindakan lanjut  selewat-lewatnya 15 Januari 2015.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Saudari Sharifah Noriati Binti Wan Ahmad (HRM) disambungan 316.
*Sumber : Email Bahagian HRM bertarikh 20/11/2014