Showing posts with label Surat Pekeliling. Show all posts
Showing posts with label Surat Pekeliling. Show all posts

Monday, 25 August 2014

Perlaksanaan Kenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan yang Telah Berkhidmat 15 Tahun dan lebih

Isu KUP 15 Tahun adalah rentetan daripada Surat Pekeliing Perj. Bil. No : 22/2009  bertarikh 12 Ogos 2009. Kerajaan Negeri telah bersetuju menerimapakai Surat Edaran, rujukan JPA (S) NP.134/1 Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009. 

(Maksudnya Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan dalam tempoh 2 bulan 29 hari selepas Surat Edaran tersebut)

Surat Pekeliling Perj. Bil. No ; 22/2009
Surat Edaran, rujukan JPA (S) NP.134/1 Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009


Justeru itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBKU telah mengenal pasti Pegawai Kumpulan Sokongan di bawah tanggungjawab DBKU yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan keputusan tersebut.

Untuk rujukan lanjut tentang Perlaksanaan Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam Skim Perkhidmatan dan Perkhidmatan Semasa, ini sila rujuk di Entri INI.

Friday, 18 July 2014

Surat Pekeliling Perjawatan Bil 10 Tahun 2014 : Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014 sempena Aidlfitri

Berita yang dinantikan ramai kakitangan DBKU muncul juga... baru tadi pekeliling Bantuan Khas Kewangan tahun 2014 sempena Aidilfitri dikeluarkan. Mangsi berkongsi sumber pekeliling untuk rujukan anda.

M/S 1 Pekeliling Bil.10 / 2014

M/s 2 Pekeliling Bil. 10 / 2014

M/s 3 Pekeliling Bil. 10 / 2014

M/s 4 Pekeliling Bil. 10 / 2014
Link : Pekeliling Bil. 10 Tahun 2014 :
Manfaatkan bantuan di lebaran akan datang. Selamat Berpuasa dan selamat bertugas untuk semua kakitangan DBKU.

Friday, 8 February 2013

Sijil Cuti Sakit daripada Chinese Physician and Medical Hall tidak SAH




Sila ambil maklum bahawa Jabatan dan Agensi Kerajaan Malaysia TIDAK MENERIMA PAKAI sebarang sijil cuti sakit daripada Pengamal Perubatan Traditional dan Komplementari (PT & K), termasuk `Chinese Physician and Medical Hall'.

Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa serta merta kegagalan mana-mana staf untuk mengemukakan sijil cuti sakit selain dari hospital/klinik kerajaan @swasta yang diiktiraf, akan dikeluarkan Surat Tunjuk Sebab oleh Pihak Pengurusan. Selain itu, cuti tahunan pegawai juga akan ditolak secara automatik mengikut bilangan hari cuti sakit yang telah diambil.

Disertakan bersama surat daripada Jabatan Ketua Menteri bertarikh 18 Januari, 2013 yang mengesahkan perkara di atas.
Surat daripada JKM

Semua kakitangan mengambil perhatian perkara di atas, agar tidak bertindak bertentangan dengan arahan seperti dilampirkan.

Sumber : Email dd 6 Februari 2013