Tuesday, 25 November 2014

Kesah Polisi Pakaian Seragam baharu

Pada 13 November 2014 (Khamis) - wakil MBJ menghadiri mesyuarat Polisi Pakaian Seragam yang baharu DBKU. Bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya pada jam 2 petang draf Polisi Pakaian Seragam berjalan dengan lancar.


Perkara menarik yang mungkin kami boleh kongsikan bersama :

1. Bilangan pakaian seragam yang disediakan kepada kakitangan berpakaian seragam adalah 2 pasang setahun termasuk kakitangan baru.

Maksudnya - pakaian seragam perlulah lengkap daripada baju, seluar, logo, stokin dan kasut.

Isu yang mungkin menarik perhatian di sini adalah tentang - ketidak lengkapnya pakaian seragam kakitangan yang sepatutnya menerima sebelum ini. Ia berlaku pada sebahagian kecil sahaja yang terlibat, khususnya Pekerja Am dan Pekerja Rendah Awam. Majlis Bersama Jabatan mengharapkan isu pakaian seragam yang kurang lengkap dapat di atasi dengan Polisi dan pengurusan yang baharu.

Merujuk kepada soal selidik yang telah dilakukan oleh Majlis Bersama Jabatan pada tahun 2013 mendapati :


Isu tidak memakai pakaian seragam sewatu bertugas sepatutnya tidak wujud jika pakaian lengkap disediakan. Antara alasan lain punca tidak memakai pakaian seragam adalah seperti carta pai berikut :


Hatta ia sebagai kelompok kecil...ia memberi implikasi kepada organisasi. Kedua-dua pihak termasuk kakitangan perlu bertanggungjawab bagi memastikan kredibiliti jabatan terus gah.

2. Penguatkuasaan pemakaian pakaian seragam kurang menjadi keutamaan jika simbolik pemakaian seragam sebagai memenuhi syarat sebagai anggota pakaian seragam.
53% pegawai yang tidak memakai pakaian seragam tidak mengetahui mereka boleh diambil tindakan jika tidak pakaian seragam yang dibekalkan.

Majlis Bersama Jabatan berharap ini sebagai perkongsian ilmu untuk semua.

Kenapa baki peruntukan perubatan yang tidak dihabiskan tidak boleh dipindahkan kepada kakitangan lain ?

Sebenarnya isu ini menjadi topik hangat sepanjang tahun sebenarnya. Ramai dikalangan kakitangan kita bertanya dangan pihak pengurusan isu tersebut.

Apa kata kami kongsikan cadangan Q yang diterima dan apa pula respon yang diterima.
*sumber : Warta Q - terbitan Oktober 2014 oleh Bahagian TRI bertarikh 23/11/2014

Kemudahan tuntutan perubatan disediakan oleh DBKU kepada kakitangan sebagai menjaga kepentingan dan kebajikan. Ia bukanlah mandatori kepada kakitangan awam.

Setiap kakitangan DBKU diperuntukkan had siling adalah RM1000 setahun bagi tuntutan perubatan. Kakitangan DBKU yang tidak menggunakan atau menghabiskan baki peruntukan tersebut, tidak dapat dipindahkan kepada kakitangan lain yang telah mencapai had maksima peruntukan yang sedia ada. Kenapa ?

Kami akan kongsikan butiran lanjut pada entri akan datang.

Thursday, 20 November 2014

PERMOHONAN PENGUMPULAN CUTI TAHUNAN YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN BAGI TAHUN 2014



Pegawai HR di semua bahagian diminta untuk memastikan baki cuti tahunan pegawai-pegawai di bahagian masing-masing yang tidak dapat dihabiskan pada tahun 2014, telah mendapat kelulusan Pengarah terlebih dahulu sebelum dibawa ke tahun 2015.

Sehubungan itu, sila serahkan maklumat Baki Terkini Cuti semua pegawai di bahagian tuan/ puan dengan mengunakan borang yang telah disediakan melalui email bertarikh 20 November 2014 (Khamis). Kemudian kepilkan borang tersebut bersama-sama memorandum kepada Pengarah dan  sesalinan kelulusan tersebut diserahkan kepada Bahagian HRM untuk tindakan lanjut  selewat-lewatnya 15 Januari 2015.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Saudari Sharifah Noriati Binti Wan Ahmad (HRM) disambungan 316.
*Sumber : Email Bahagian HRM bertarikh 20/11/2014

PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU KELAB SUKAN DAN REKREASI DBKU SESI 2014 - 2016


Esok merupakan hari pengundian bagi pilihanraya Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU. Hehe...bunyinya macam meriah kan?

26 November 2014 akan berlangsung proses pengundian bagi Kelab Sukan dan Rekreasi bagi sesi 2014-2016. Maka dengan itu, semua warga DBKU yang juga ahli Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU perlu hadir untuk proses pengundian dilokasi seperti berikut :

Lokasi

Auditorium DBKU
Bilik Mesyuarat Mawar, Depo DBKU
Bilik Mesyuarat Bhg. BDD, Satok
Bilik Mesyuarat Allamanda, Perpustakaan DBKU

Masa pengundian : 8.00 pagi  hingga 12 tengahari

Jom kami perkenalkan calon-calon atau wajah-wajah yang bakal menerajui Kelab Sukan dan Rekreasi sesi 2014 - 2016 DBKU.

Presiden (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden (Menang tanpa bertanding)

 Jawatan Setiausaha (Dilantik)

Timbalan Setiausaha 

Bendahari (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Bendahari (Menang tanpa bertanding)

Jawatan AJK KSR DBKU (9 kerusi dipertandingkan)

Siapa pilihan anda? Siapa harapan anda untuk menerajui tampok kepimpinan seterusnya Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU bagi sesi 2014 - 2016 ?

Jom sama-sama kita mengundi..

*Arahan daripada pihak pengurusan - semua Ketua Bahagian tidak dibenarkan untuk bertanding dalam merebut kerusi Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU. 

Sumber : Email urusetia pilihanraya -HRM bertarikh 20 November 2014

Wednesday, 5 November 2014

Panduan Tambang Teksi Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 2014

Kebelakangan ini ramai dikalangan kakitangan kita mendapat peluang mengadakan lawatan kerja, aktiviti luar dan latihan diluar Bandaraya Kuching. Justeru itu, pihak kami berusaha mendapatkan sumber rujukan untuk anda mendapatkan jumlah tuntutan teksi yang perlu anda isi pada borang tuntutan sara diri (borang merah jambu) nanti. Berikut kami kongsikan info tambang teksi yang kami perolehi dari Bahagian Kewangan.











Jadi, buatlah tuntutan teksi anda dengan merujuk pada panduan yang disediakan ini. Jika terdapat sebarang perubahan pada kadar tambang tersebut, kami akan kongsikan di dalam Mangsi Bersama JabatanKu ini. Ia penting terutamanya bagi mereka yang pertama kali membuat tuntutan sara diri.

Insya Allah, kami akan perbaiki panduan tuntutan sara diri dengan lebih lengkap pada masa akan datang.

Anda boleh manfaatkan blog ini sebagai rujukan pada bila-bila masa dan dimana anda berada,

Sumber : Bahagian Kewangan

Kajian penggunaan Klinik Panel bagi kakitangan DBKU.

Assalamualaikum warga kerja.....

Pada Mesyaurat MBJ bersama pihak Pengurusan baru-baru ini..... MBJ ditugaskan untuk menyenaraikan 5 klinik panel kepada Bahagian HRM. Ini juga adalah susulan daripada cadangan dan aduan daripada kakitangan DBKU yang kita usulkan semula untuk dikaji.

Memo telah MBJ kemukakan kepada Bahagian HRM pada 30 Oktober 2014 oleh Pengerusi MBJ.

Memo senarai 5 Klinik Panel yang telah disenarai tapis
Lima (5) klinik panel yang ditelah dikemukakan adalah : 

1. Klinik Ibukota
2. Klinik HealthCare
3. Klinik Khaira
4. Klinik Astana
5. Klinik Chuang

Tindakan menggunapakai klinik panel diusulkan adalah ekoran daripada sebilangan kakitangan yang tidak membawa tunai untuk ke klinik atau pada saat kecemasan, termasuk pada hujung bulan. Jadi kakitangan boleh ke klinik panel untuk mendapat rawatan dengan tuntutan bil akan dikemukakan oleh klinik panel.

Ini masih dalam proses penelitian dan kajian. Perlaksanaan ini ada pro dan kontranya. Kami pasti penilaian terperinci perlu bagi manfaat kedua-dua pihak (organisasi dan kakitangan).

Maklumat susulan akan kami kongsikan