Showing posts with label Arahan. Show all posts
Showing posts with label Arahan. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

PERMOHONAN PENGUMPULAN CUTI TAHUNAN YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN BAGI TAHUN 2014



Pegawai HR di semua bahagian diminta untuk memastikan baki cuti tahunan pegawai-pegawai di bahagian masing-masing yang tidak dapat dihabiskan pada tahun 2014, telah mendapat kelulusan Pengarah terlebih dahulu sebelum dibawa ke tahun 2015.

Sehubungan itu, sila serahkan maklumat Baki Terkini Cuti semua pegawai di bahagian tuan/ puan dengan mengunakan borang yang telah disediakan melalui email bertarikh 20 November 2014 (Khamis). Kemudian kepilkan borang tersebut bersama-sama memorandum kepada Pengarah dan  sesalinan kelulusan tersebut diserahkan kepada Bahagian HRM untuk tindakan lanjut  selewat-lewatnya 15 Januari 2015.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Saudari Sharifah Noriati Binti Wan Ahmad (HRM) disambungan 316.
*Sumber : Email Bahagian HRM bertarikh 20/11/2014

Tuesday, 1 October 2013

ARAHAN : PEMAKAIAN BAJU KORPORAT BARU

MEMO ARAHAN
Memo bertarikh 19/07/2013 dirujuk.

Keputusan Mesyuarat Mingguan Pengurusan Ke-18/13 (71) pada 08/07/2013 :

Arahan ~ Pemakaian Pakaian Korporat DBKU (Hijau) - seperti dalam gambar.

Pada 
~ Setiap Hari RABU minggu pertama setiap bulan 
~ Majlis rasmi DBKU (tertakluk dengan makluman daripada pihak pengurusan)

Berkuatkuasa ~ Ogos 2013

Sumber rujukan : Email Bahagian ADM bertarikh 01/10/2013

Tuesday, 9 July 2013

Sila ambil perhatian tentang dokumen yang dikategorikan SULIT

Semua rekod/maklumat/dokumen bahagian yang ditakrifkan sebagai sulit yang ingin diminta oleh staf bahagian lain / orang luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Bahagian atau Penolong Ketua Bahagian masing-masing.

Dalam tafsiran Arahan Keselamatan ada dinyatakan cara untuk menentukan rekod/maklumat/dokumen yang ditakrifkan sebagai SULIT di bahagian masing-masing mengikut budi bicara sendiri.

SULIT - Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa asing hendaklah diperingkatkan SULIT.

Nota MBJ : So...minta perhatian semua kakitangan mengambil perhatian perkara ini.

-Admin-

Sumber :
1. Memorandum daripada Pemangku Timbalan Pengarah (PPS) bertarikh 10/12/2001, ruj. DBKU/HRM/19/1 (6)
2. Email : Ketua Bahagian Pentadbiran, 01/07/2013, Isnin, 04:24 PM

ARAHAN KESELAMATAN : 'DOOR ACCESS SYSTEM' ditutup pada setiap masa

Meruju kepada email daripada Ketua Bahagian Keselamatan pada 04/07/2013 11:42 pagi (Khamis)

....mana-mana bahagian yang mengggunakan 'DOOR ACCESS SYSTEM' diharap dapat mematuhi arahan supaya pintu tersebut sentiasa ditutup pada setiap masa. Ini adalah selaras dengan Arahan Keselamatan Pejabat.

Diharap semua bahagian yang terlibat dapat mematuhi arahan tersebut.

-Admin-
Sumber : Email Ketua Bahagian Keselematan, 04/07/2013,  11:42 pagi,  (Khamis)