Monday, 25 August 2014

Perlaksanaan Kenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan yang Telah Berkhidmat 15 Tahun dan lebih

Isu KUP 15 Tahun adalah rentetan daripada Surat Pekeliing Perj. Bil. No : 22/2009  bertarikh 12 Ogos 2009. Kerajaan Negeri telah bersetuju menerimapakai Surat Edaran, rujukan JPA (S) NP.134/1 Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009. 

(Maksudnya Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan dalam tempoh 2 bulan 29 hari selepas Surat Edaran tersebut)

Surat Pekeliling Perj. Bil. No ; 22/2009
Surat Edaran, rujukan JPA (S) NP.134/1 Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009


Justeru itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBKU telah mengenal pasti Pegawai Kumpulan Sokongan di bawah tanggungjawab DBKU yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan keputusan tersebut.

Untuk rujukan lanjut tentang Perlaksanaan Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam Skim Perkhidmatan dan Perkhidmatan Semasa, ini sila rujuk di Entri INI.

Saturday, 23 August 2014

Beza Hakiki dan KUP

Walaupun sedang menjawat jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) namun masih ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya jawatan tersebut dan apakah perbezaan dengan jawatan hakiki. 

Bagi menjelaskan pengertian KUP ini saya mengibaratkan jawatan hakiki sebagai kerusi dan penjawat jawatan tersebut adalah seseorang yang dilantik secara hakiki selaras dengan gred kerusi tersebut.  

Contohnya kerusi DG34 seperti guru besar sekolah gred B dijawat oleh pegawai DG34 dan ia adalah jawatan hakiki yang dijawat oleh penjawat hakiki. Jika guru besar tadi telah tamat pengajian peringkat ijazah dan dilantik ke jawatan DG41, maka sekiranya beliau masih kekal di jawatannya tadi maka ia dinamakan sebagai DG41(KUP). Ini kerana kerusi jawatan guru besar yang disandangnya adalah khusus untuk DG34 tetapi beliaumasih menduduki kerusi tersebut walaupun gred jawatannya kini adalah DG41.Begitu juga jawatan kenaikan pangkat time-based seperti DG32 dan DG44 bagimereka yang telah layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan seperti guru-gurupenolong biasa. Apabila seseorang guru dinaikkan pangkat secara time-based, makamereka tidak dilantik sebagai pentadbir seperti guru penolong kanan atau guru besar sebaliknya tetap menjalankan tugas guru biasa. Ini bermakna kerusi yang merekaduduki adalah kerusi yang sepatutnya untuk gred DG29/41 tetapi mereka mendudukinyakerana kenaikkan pangkat mereka adalah berdasarkan time-based.Kesimpulannya jawatan KUP adalah apabila seseorang yang bergred jawatan lebihtinggi menduduki jawatan yang sepatutnya disandang oleh penjawat hakiki yanggrednya lebih rendah. Ia adalah keadaan di mana seseorang penjawat awam dapatmenikmati kenaikkan gred tanpa meninggalkan jawatan asal.

Renung-Renungkan: Jawatan dan pangkat bukanlah anugerah tetapi tanggungjawab
dan amanah yang perlu dipikul didunia dan dijawab di akhirat.

Friday, 22 August 2014

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 - Kadar Cuti Rehat Tahunan dan Tawaran Opsyen Kepada Perkhidmatan Awam


Rujukan Pekeliling JPA : http://www.jpapencen.gov.my/pp142008.pdf

Pekeliling ini berkuatkuasa 1 Januari  2009

Kadar Cuti Rehat yang berkuat kuasa bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 atau pekeliling atau surat pekeliling atau peraturan lain yang
berkaitan.