Mangsi Bersama Jabatan KU kali ini ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan Buku "Kod Etika Integriti" yang diterbitkan untuk diamal dan dipraktiskan oleh semua pegawai dan kakitangan DBKU.
Memo daripada Pengarah, Dr. Sa'adiah binti Abdul Samat (ejaan BTE pada memo ada kesilapan) DBKU bertarikh 17 Julai 2014 adalah titik tolak perlaksanaan integriti menyeluruh di Dewan Bandaraya Kuching Utara.
![]() |
| Memo edaran buku " Kod Etika Integriti " DBKU 2014 |
Team Mangsi Bersama Jabatan KU akan terus berkongsi kandungan buku ini untuk rujukan anda sebagai kakitangan DBKU khususnya.
Buku ini adalah sebagai panduan dan rujukan untuk memantau integriti pegawai dan kakitangan DBKU dengan mengutamakan nilai-nilai murni dan etika semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Kami di Mangsi Bersama Jabatan KU juga berperanan untuk memastikan kakitangan mendapat maklumat dengan hebahan ini.
![]() |
| Muka hadapan Buku Kod Etika Integriti DBKU. |
"1. Kejujuran: mencemarkan nama baik dan integriti jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yang berintegriti pasti akan mempertahankan nama baik mereka daripada sebarang bentuk penyelewengan." - KAMUS DEWAN, edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka
"6. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujdu secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari." - Etika dan Integriti, Pelan Integriti Nasional, muka surat 18.
Apa yang terkandung di dalam Kod Etika Integriti DBKU?


No comments:
Post a Comment