Showing posts with label Aktiviti KSR. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti KSR. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

Pendahuluan kepada kakitangan yang memerlukan sokongan cermin mata oleh Kelab Sukan dan Rekreasi 2015

Sebagai satu lagi inisiatif meningkatkan lagi dana KSR DBKU, Kelab Sukan dan Rekreasi telah berkerjasama dengan Optik Idaman Sdn. Bhd. (Penyedia Perkhidmatan membuat cermin mata).

Dengan ini pendahuluan daripada kelab telah dipanjangkan kepada mana-mana ahli (termasuk keluarga) yang memerlukan sokongan cermin mata dalam kehidupan seharian. Optik Idaman beroperasi di alamat seperti berikut:-

Unit K1, Tingkat 1, Komplek Islam Sarawak, Jalan P. Ramlee, Kuching telah bersetuju untuk memberi diskaun khas 50% - 60% untuk semua jenis bingkai dan 10% -20% untuk setiap jenis cermin.

Kos pembelian akan dibayar oleh Kelab Sukan (mengikut inbois tertakluk kepada jenis cermin mata yang dipilih ahli dengan had siling RM500.00 sahaja).

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Presiden-(446688 Ext 237), Setiausaha atau setiausaha kerja KSR. (446688 Ext 240).

Ali Akbar Bin Yasin
Presiden.

Thursday, 20 November 2014

PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU KELAB SUKAN DAN REKREASI DBKU SESI 2014 - 2016


Esok merupakan hari pengundian bagi pilihanraya Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU. Hehe...bunyinya macam meriah kan?

26 November 2014 akan berlangsung proses pengundian bagi Kelab Sukan dan Rekreasi bagi sesi 2014-2016. Maka dengan itu, semua warga DBKU yang juga ahli Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU perlu hadir untuk proses pengundian dilokasi seperti berikut :

Lokasi

Auditorium DBKU
Bilik Mesyuarat Mawar, Depo DBKU
Bilik Mesyuarat Bhg. BDD, Satok
Bilik Mesyuarat Allamanda, Perpustakaan DBKU

Masa pengundian : 8.00 pagi  hingga 12 tengahari

Jom kami perkenalkan calon-calon atau wajah-wajah yang bakal menerajui Kelab Sukan dan Rekreasi sesi 2014 - 2016 DBKU.

Presiden (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden (Menang tanpa bertanding)

 Jawatan Setiausaha (Dilantik)

Timbalan Setiausaha 

Bendahari (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Bendahari (Menang tanpa bertanding)

Jawatan AJK KSR DBKU (9 kerusi dipertandingkan)

Siapa pilihan anda? Siapa harapan anda untuk menerajui tampok kepimpinan seterusnya Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU bagi sesi 2014 - 2016 ?

Jom sama-sama kita mengundi..

*Arahan daripada pihak pengurusan - semua Ketua Bahagian tidak dibenarkan untuk bertanding dalam merebut kerusi Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU. 

Sumber : Email urusetia pilihanraya -HRM bertarikh 20 November 2014