Showing posts with label Lawatan Kerja. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Kerja. Show all posts

Friday, 20 March 2015

Lawatan MBJ ke Bahagian Pentadbiran, UNIMAS bagi penanda aras sistem Klinik Panel

20 Mac 2015, Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) bersama wakil Bahagian HRM dan Bahagian FIN membuat lawatan belajar ke Bahagian Pentadbiran, UNIMAS untuk mempelajari pengurusan Klinik Panel di organisasi tersebut.
Sesi Taklimat oleh Encik Yaman, Ketua Jabatan Pentadbiran, UNIMAS.
 Kunjungan lawatan ini sebagai satu rangka kajian berhubung dengan cadangan pekerja yang memohon untuk DBKU melaksanakan Klinik Panel bagi kemudahan kakitangan. Atas dasar itulah, kertas kerja yang telah dibentangkan mendapat respon yang baik daripada pihak pengurusan, dengan membuat kajian dan pemerhatian tentang perlaksanaan di organisasi lain sebagai penanda aras.

Timb. Setiausaha, Pn. Norliyati, Timb Pengerusi, Puan Anita Anyie, Wakil Bahagian FIN, Puan Aishah Sulaiman dan Wakil pekerja, Puan Suhana sedang memberi tumpuan taklimat.
Peluang untuk mempelajari sistem pengurusan Klinik Panel yang telah dilaksanakan oleh UNIMAS ini memberi gambaran jelas tentang isu-isu dan cabaran yang perlu dihadapi jika usaha ini ingin dilaksanakan. Tidak semudah yang disangka, pelbagai penelitian khusus perlu diambil kira bagi memastikan perlaksanaannya berjalan dengan lancar.


UNIMAS mempunyai 25 Klinik Panel yang dilantik telah melaksanakan Klinik Panel lebih daripada 10 tahun. Usaha-usaha penambahbaikan proses itu terus dipertingkatkan bagi memastikan perlaksanaannya terus memberi nilai tambah kepada kakitangan juga kepada pihak pengurusan.

Sebahagian rombongan MBJ, Bahagian FIN dan Bahagian HRM yang mengikuti lawatan ke UNIMAS

 Pihak kami berharap hasil daripada lawatan ini dapat manfaat dan mendapat info yang berguna dalam merangka perlaksanaan Klinik Panel di DBKU.

Pertukaran cenderahati daripada DBKU - UNIMAS pada akhir sesi lawatan.


Wednesday, 5 November 2014

Panduan Tambang Teksi Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 2014

Kebelakangan ini ramai dikalangan kakitangan kita mendapat peluang mengadakan lawatan kerja, aktiviti luar dan latihan diluar Bandaraya Kuching. Justeru itu, pihak kami berusaha mendapatkan sumber rujukan untuk anda mendapatkan jumlah tuntutan teksi yang perlu anda isi pada borang tuntutan sara diri (borang merah jambu) nanti. Berikut kami kongsikan info tambang teksi yang kami perolehi dari Bahagian Kewangan.











Jadi, buatlah tuntutan teksi anda dengan merujuk pada panduan yang disediakan ini. Jika terdapat sebarang perubahan pada kadar tambang tersebut, kami akan kongsikan di dalam Mangsi Bersama JabatanKu ini. Ia penting terutamanya bagi mereka yang pertama kali membuat tuntutan sara diri.

Insya Allah, kami akan perbaiki panduan tuntutan sara diri dengan lebih lengkap pada masa akan datang.

Anda boleh manfaatkan blog ini sebagai rujukan pada bila-bila masa dan dimana anda berada,

Sumber : Bahagian Kewangan

Wednesday, 18 December 2013

Lawatan Ukhwah MBJ Majlis Perbandaran Muar ke Dewan Bandaraya Kuching Utara

17 Disember 2013 - Rombongan lawatan ukhwah Majlis Bersama Jabatan, Majlis Perbandaran Muar telah disambut oleh ahli jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan DBKU.

Pertemuan ringkas tersebut membuka ruang kepada semua ahli MBJ kedua-dua PBT berkongsi maklumat dan pengalaman dalam pengendalian MBJ.

Taklimat ringkas MBJ DBKU kepada MBJ MPM
En. Ramli, Pengerusi MBJ (Pekerja), berkongsi pengalaman dalam mengurus MBJ dari prespektif pekerja.
Wadah terbaik untuk berkongsi cerita antara ahli MBJ kedua-dua PBT.

 MPM dengan DBKU tidak mempunyai banyak persamaan dalam melaksanakan MBJ.