Semua rekod/maklumat/dokumen bahagian yang ditakrifkan sebagai
sulit yang ingin diminta oleh staf bahagian lain / orang luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Bahagian atau Penolong Ketua Bahagian masing-masing.
Dalam tafsiran Arahan Keselamatan ada dinyatakan cara untuk menentukan rekod/maklumat/dokumen yang ditakrifkan sebagai SULIT di bahagian masing-masing mengikut budi bicara sendiri.
SULIT - Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa asing hendaklah diperingkatkan SULIT.
Nota MBJ : So...minta perhatian semua kakitangan mengambil perhatian perkara ini.
-Admin-
Sumber :
1. Memorandum daripada Pemangku Timbalan Pengarah (PPS) bertarikh 10/12/2001, ruj. DBKU/HRM/19/1 (6)
2. Email : Ketua Bahagian Pentadbiran, 01/07/2013, Isnin, 04:24 PM