Thursday, 26 June 2014

42 jam kehadiran setiap pegawai dari Januari hingga Jun 2014


Dimaklumkan bahawa semua bahagian dikehendaki untuk menyediakan laporan 42 jam setiap pegawai dan staf di bahagian masing-masing bagi setengah tahun bermula dari bulan Januari hingga Jun 2014. Laporan berkenaan hendaklah diisi dalam Borang Buku Log Latihan yang disediakan dan dikembalikan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 11 Julai 2014.


Sehubungan dengan itu, kerjasama Ketua Bahagian dan Pegawai HR Bahagian untuk mengambil tindakan segera ke atas perkara ini.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk kepada pegawai kami Encik Holis Atun atau Puan Saraswwathy di sambungan 405.

Sekian, harap maklum.

'INTEGRITI DAN INOVASI BUDAYA KAMI'

KARTINI HAJI BUSHRA
Ketua Bahagian
Bahagian (HRM)

(Sumber : email bertarikh 23 Jun 2014 - Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBKU)

Latihan yang disediakan adalah bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan kakitangan dipertingkatkan.


No comments: