Tuesday, 28 April 2015

Anugerah Tokoh dan Pegawai Contoh Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Sarawak 2015

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sarawak Bilangan 4 Tahun 2015 - Anugerah Tokoh dan Pegawai Contoh Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Sarawak.

Muka surat 1
Adakah pegawai DBKU tersenarai untuk calon bagi anugerah tersebut ? 

Muka surat 2

Muka surat 3

Tuesday, 21 April 2015

PANDANGAN PERIBADI TIDAK HARUS HALANG PENJAWAT AWAM LAKSANA TUGAS - SALLEH

KOTA KINABALU, 21 April (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said mengingatkan penjawat awam agar tidak menjadikan perbezaan pandangan dengan kerajaan yang memerintah sebagai penghalang untuk mereka melaksanakan tugas sebaik-sebaiknya. Salleh berkata dalam sistem pemerintahan demokrasi seperti diamalkan kerajaan Malaysia, semua penjawat awam bertanggungjawab menyokong kerajaan yang memerintah pada ketika itu dengan melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. "Pandangan peribadi kita tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita untuk berbuat demikian (melaksanakan segala dasar kerajaan). 

Datuk Seri Salleh Said Keruak
Tanggungjawab kita ialah memberi kerjasama sepenuhnya kepada kepimpinan negara. "Jika kita sabotaj atau menghalang usaha-usaha kerajaan maka kita adalah seorang kakitangan yang tidak bertanggungjawab kerana kita bekerja untuk 'government of the day', bukan soal politik kepartian " katanya. Salleh bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Isu-isu Semasa dan Kesannya Terhadap Pengukuhan Nasional' sempena program Bicara Intelek anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini hari ini. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Penerangan Sabah Datuk Almain Ajirul dan ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Isu-isu disentuh termasuk pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mengenai CBP, Salleh berkata penjelasan rasional, berdasarkan realiti sebenar dan mudah mengenai sistem itu perlu dilakukan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan rakyat lebih mudah memahaminya. -- BERNAMA

PELUANG KAKITANGAN DBKU MENYERTAI HARI PEKERJA 1 MEI 2015


Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 01 Mei 2015 (Jumaat)

Masa : 7:00 Pagi

Tempat : Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)


Pakaian : BAJU KORPORAT DBKU (HIJAU)

Untuk makluman semua, YAB Datuk Patinggi Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan turut hadir sebagai tetamu kehormat dalam perhimpunan ini dan akan seterusnya menyampaikan Amanat Khas Hari Pekerja 2015 serta Anugerah Hari Pekerja Tahun 2015.

TAHNIAH kepada kakitangan DBKU yang dipilih untuk menyertai acara terbesar ini.

Aturcara Program tersebut - 


Sumber : Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

Monday, 20 April 2015

GAJI POKOK BAHARU KUMPULAN GRED 11 DIUMUM HUJUNG TAHUN



PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. 

Katanya kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275. Beliau berkata ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832). 

"Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah. Kerajaan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini. 

Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian. Kita akan tengok pada keadaan semasa," katanya dalam sidang media di sini Isnin. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda sebelum ini dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan. Mohamad Zabidi berkata kerajaan juga akan mengumumkan semakan gaji bagi 252 skim gaji dan elaun untuk semua kumpulan kakitangan awam pada hujung tahun ini. "Kajian semula ini dijangka diumum pada hujung tahun ini," katanya. --BERNAMA

Friday, 17 April 2015

LATIHAN : BENGKEL PENGUKUHAN PEGAWAI HR


Dalam usaha memastikan pegawai HR yang dilantik di semua bahagian menjalankan tugasan dengan lebih baik dan membantu urusan-urusan HR DBKU, Unit Latihan HRM akan mengadakan satu bengkel untuk pegawai-pegawai HR  pada 28 - 29 April 2015 (Selasa dan Rabu) jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bertempat di Bilik Pelagus, Tingkat 3, Hotel Grand Margherita,Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching.

Senarai Pegawai HR DBKU yang dilantik di setiap Bahagian adalah :

1. HARISMAN BIN MOHD SUHAILI (BHG ADM)
2. TAN BENG GUEK (BHG AUD)
3. SHAREENA AMANDA BT ABDUL AZIZ (BHG BDD)
4. AWANG ALI BIN AWANG HAMSAWI (BHG BLG)
5. ANITA ANYIE (BHG COP)
6. SHARIFAH NORITA BT WAN PAIE HAMID (BHG CTS)
7. SALWA BT MORSHIDI (BHG CSS)
8. KENNY AK PUNGGA (BHG CRD)
9. AZMAN BIN SABERAN (BHG ENG)
10. PHYLLIS ROSE BT RAMBLI (BHG ENV)
11. ANUAR B. SAPUAN (BHG ENF)
12. AISHAH BT SULAIMAN (BHG FIN)
13. SURIANA BT BAHROL (BHG GPM)
14. ROSEMIYATI BT MOHD NAWAWI (BHG HRM)
15. AZLIN ZARIANI BT MOHAMED KASSIM (BHG ICT)
16. HATONO BIN BASRI (BHG IMT)
17. MASLINA BT MOHAMAD SUHAILI (BHG IRM)
18. JAMES SAGA BAYANG AK ANDRIA (BHG LAW)
19. MEGAWATI BT HJ ABDUL MANAN (BHG LES)
2O. HAZELINDA BT SANCHIS (BHG LNP)
21. LEE FOO SOON (BHG MNE)
22. ALINA BT ABDUL RAHMAN (BHG PRD)
23. KAMSIAH BT HJ MOHD ALI (BHG SCY)
24. NORLELA BT SULEIMAN (BHG TRI)
25. DAUT BIN KELAS (BHG VAL)


Dari pemerhatian Mangsi KU - belum ada latihan yang khusus seperti bengkel yang akan dijalankan ini pegawai-pegawai HR Bahagian. Seingat Mangsi Ku - isu ini pernah disuarakan oleh Saudari Ajing Kartini ketika menjadi Pegawai HR Bahagian LAW dalam mesyuarat sukuan pegawai-pegawai HR satu ketika dulu (hampir 10 tahun). Akhirnya perlaksanaan latihan untuk pegawai HR dapat juga dilaksanakan tahun ini....

BENGKEL TELAH DITUNDA PADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU (email 24 April 2015 daripada Bahagian HRM)