Tuesday, 22 July 2014

Buku Kod Etika Integriti Dewan Bandaraya Kuching Utara diperkenalkan

Mangsi Bersama Jabatan KU kali ini ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan Buku "Kod Etika Integriti" yang diterbitkan untuk diamal dan dipraktiskan oleh semua pegawai dan kakitangan DBKU. 

Memo daripada Pengarah, Dr. Sa'adiah binti Abdul Samat (ejaan BTE pada memo ada kesilapan) DBKU bertarikh 17 Julai 2014 adalah titik tolak perlaksanaan integriti menyeluruh di Dewan Bandaraya Kuching Utara. 
Memo edaran buku " Kod Etika Integriti " DBKU 2014
Team Mangsi Bersama Jabatan KU akan terus berkongsi kandungan buku ini untuk rujukan anda sebagai kakitangan DBKU khususnya.

Buku ini adalah sebagai panduan dan rujukan untuk memantau integriti pegawai dan kakitangan DBKU dengan mengutamakan nilai-nilai murni dan etika semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Kami di Mangsi Bersama Jabatan KU juga berperanan untuk memastikan kakitangan mendapat maklumat dengan hebahan ini.
Muka hadapan Buku Kod Etika Integriti DBKU.
 Apakah INTEGRITI ?

"1. Kejujuran: mencemarkan nama baik dan integriti jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yang berintegriti pasti akan mempertahankan nama baik mereka daripada sebarang bentuk penyelewengan." - KAMUS DEWAN, edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka

"6. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujdu secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari." - Etika dan Integriti, Pelan Integriti Nasional, muka surat 18.

Apa yang terkandung di dalam Kod Etika Integriti DBKU?

Monday, 21 July 2014

Mesyuarat MBJ bersama Pengurusan ditunda lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat MBJ bersama pihak pengurusan yang dijadualkan pada 18 Julai 2014 telah ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Perkara tersebut telah dimaklumkan melalui email bertarikh 18 Julai 2014, jam 9:15 pagi seperti berikut :
Email makluman penundaan mesyuarat


Pihak kami dimaklumkan bahawa Pengerusi - Pengarah dan Ketua Timbalan Pengarah tidak dapat hadir atas sebab komitmen mesyuarat lain yang tidak dapat dielakkan.

Saturday, 19 July 2014

Maklumat untuk mendapatkan butiran lanjut had tuntutan perubatan DBKU

Isu yang sering dibangkitkan oleh kakitangan DBKU adalah berhubung dengan had tuntutan perubatan yang sedia ada. Kebetulan isu tersebut dibangkitkan semula oleh MBJ atas dasar keterbukaan pihak pengurusan untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan polisi.

Email memohon maklumat tuntutan perubatan. Email bertarikh 18/07/2014 jam 7.53 pagi.
Justeru itu, susulan maklumat daripada Bahagian FIN diperlukan dalam membantu menilai semula had perubatan yang sedia ada untuk diperbincangkan semula. Semoga urusan MBJ dipermudahkan. 

Friday, 18 July 2014

Surat Pekeliling Perjawatan Bil 10 Tahun 2014 : Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014 sempena Aidlfitri

Berita yang dinantikan ramai kakitangan DBKU muncul juga... baru tadi pekeliling Bantuan Khas Kewangan tahun 2014 sempena Aidilfitri dikeluarkan. Mangsi berkongsi sumber pekeliling untuk rujukan anda.

M/S 1 Pekeliling Bil.10 / 2014

M/s 2 Pekeliling Bil. 10 / 2014

M/s 3 Pekeliling Bil. 10 / 2014

M/s 4 Pekeliling Bil. 10 / 2014
Link : Pekeliling Bil. 10 Tahun 2014 :
Manfaatkan bantuan di lebaran akan datang. Selamat Berpuasa dan selamat bertugas untuk semua kakitangan DBKU.

Thursday, 17 July 2014

Trafik blog Mangsi semakin meningkat...

laporan trafik bagi blog Mangsi Bersama Jabatan KU

Blog ini - mencecah view lebih daripada 1K. Perkembangan yang baik semenjak blog ini dilancarkan. Terima kasih kepada anda semua yang sudi menjenguk blog ini. Insya Allah - kami akan berkongsi banyak lagi maklumat berguna yang boleh anda rujuk pada bila-bila masa. Jika tidak minggu ini..mungkin minggu depan...jika tida tahun ini..mungkin tahun akan datang, anda akan menjadikan blog ini sebagai rujukan anda untuk mendapat maklumat nanti.

Mesyuarat MBJ Bersama Pengurusan siri Pertama 2014 pada 18 Julai 2014 ini

Mesyuarat MBJ Bersama Pengurusan 1/2014 akan dijalankan pada :

Tarikh : 18 Julai 2014
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Anggerik, Ibu Pejabat, Dewan Bandaraya Kuching Utara

Antara Usul yang diketengahkan adalah seperti berikut :

Mungkin ada isu yang MBJ tidak sempat kemukakan pada mesyuarat kali ini - Namun begitu, kami akan usahakan mana-mana yang tidak sempat pada mesyuarat yang akan datang.

Teruslah mengemukakan cadangan atau aduan kepada MBJ.

Sekretariat MBJ

Monday, 14 July 2014

Laporan Soal Selidik 2013 - Kaji selidik Pemakaian Pakaian Seragam

Berikut adalah Laporan Soal selidik yang telah dibuat oleh  MBJ pada tahun November 2013. Ini merupakan soal selidik yang pertama pihak MBJ dalam melihat prespektif kakitangan berhubung dengan pemakaian pakaian seragam pada waktu bertugas.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar berkenaan :













Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam kami membentangkan laporan ini, pihak kami memohon maaf. Ia sebagai permulaan kami dalam usaha mempertingkatkan pengurusan MBJ.